Setiap yang kita inginkan mesti ada halangan dan rintangan yang terpaksa kita tempuhi dan setiap yang kita rancang x semua akan jadi seperti yang dirancang...

Tarik 19 hb 2 2010 masalah demi masalah menghantui aku..ia bermula apabila aku membeli bahagian engine (distibutor) dgn seorang mamat ni..tujuannya aku nak bagi sedap lagi keta aku..impian aku apabila memiliki kereta sendiri aku nak hantar seseorang yang begitu istimewa dalam hidup aku ke uum tmpt dimana dia stdy...banda ni dah lama aku impikan..dalam menunggu saat-saat tu banyak persediaan telah aku buat dengan tujuan memastikan si dia selesa bila naik kereta aku..aku siap beli DVD player pasang kat kereta aku nak bagi si dia x mengantok..aku dah sediakan dvd cerita chip mung nak bagi si die tgk..sbb katanya dia belum tgk lagi..wah x sabarnya aku menunggu saat-saat tu..tp tarikh 19 hb 2 telah menghancurkan harapan aku..apa korang rasa bila korang dah buat persediaan dan hanya menunggu saat-saat yang dinantikan hancur berkecai begitu sahaja..masalah demi masalah dtg..lepas jer aku beli barang tu die rekeman kat aku suruh pasang kat bengkl pomen die..aku pun pegi la..bila pomen die pasang risau gak la aku bila dgr engine kereta aku meletup2 pastu ekzos kereta keluar asap hitam..pastu dia ckp kat aku cble plug pecah engine bocor, aku terkejut jgk bila die ckp cmtu..ntah dia tau ker x..sbb engine kereta aku x pernah bocor n sebelum ni aku pakai distibutor lama xda sebarang masalah pun..tp bila tukar barang die banyak lak masalahnya..aku pun call pomen aku kat melaka..n die pun angin bila dgr ..dia ckp tu xder kerja lain la tu..nak makan duit jer kerjanya..dia pun terus call pomen yang buat kereta aku tu, x terjawab dier dgn soalan2 pomen aku..lepas daritu pomen aku surh turun melaka biar dia yang check..damal perjalanan kesana kereta aku breakdown kat higway km 206.5 pedas linggi..wah best betul dudk kat situ..orang lain ptg2 lepak kat taman tasik ni kita lepas kat tepi higway..

x pasal2 kereta kena tunda ke bengkel..nasib kereta tunda tu member pomen aku,,so die caj harga member2..dalam hati aku x pikir lain dah..aku cuma pikir mcm mana aku nak hantar si dia ni ke uum..sbb aku dah janji dgn si dia n family dia pun tau..arhhh serabut betul masa tu bila pikirkan perkara ni..kereta, pomen cakap paling lewat pukul 2 hari sabtu baru siap..tp aku janji dagn die nak amik pagi...abang tu pun risau kat aku satu haritu x berckp makan pun x..dia pun pelik,,dia kata aku ni lain..owg waktu2 camni pening kan pasal kereta tu ntah apa jadi kat kereta tu..tp aku risaukan pasal owg lain n bukan diri aku..melihatkan kesusahan dan kerisauan yang aku alami tiba2 kakak offer kereta dia..tp waktu tu aku masih mengharapkan kereta aku siap..kerana tu la harapan pertama aku..

lepas daritu aku buat keputusan pakai kereta dia balik ke putrajaya dgn harapan kereta aku siap esok..tp masalah x berakhir kat situ..dalam perjlanan aku balik kerumah aku dah kena saman pulak sbb kena speed trap..huhu ...esoknya bila aku dah amik si dia dkt rumah, aku pg amik kawannya pulak..dalam masa tu aku call pomen aku tanyer perkembangan kereta aku.. dia memang agak terkilan bila mengenangkan kereta aku tu..sbb macm2 benda dah effect kat kereta tu..kira bahasa lain kereta tu dah barai la enginenya..x nyer ko sedih bila dgr cerita mcm tu..

dgr jer berita mcm tu nak xnak aku tetap kena teruskan perjalanan..dgn harapan si dia selamat sampai dan dapt memulakan kelas pada hari esoknya..dan aku berasa lega juga la bila dapat selamat hantr si dia ke uum dan paling aku gembira aku dapt melihat wajahnya di depan mata aku..aku merasakan semua masalah hilang apabila ia berada di samping aku..hari ini 21 hb 2 2010 aku menunggu si dia balik kelas..sbb kami ada date..lepas daritu aku kena bergegas pulang ke melaka untuk hantar kereta, dan terus pergi kerja..harap2 sempat la aku ke office..


tu la masalah yang aku alami dalam sehari..beturut-turut aku kena..tp semua tu aku anggap dugaan dan cabaran dari NYA untuk menguji tahap kesabaran aku..dan aku masih bersyukur kepada NYA kerana tetap memberi peluang untuk aku menghantar si dia..tp cuma sikit perasaan xpuas hati kerana x dapat tunaikan apa yang aku janjikan..tp insyaallah sekiranya kereta aku siap minggu depan aku akan turun sekali lagi ke uum untuk kotakan apa yang telah aku janjikan kepada si dia..AMIN n wassalam..